KPJ Gelar Bincang Kesehatan Bersama PSMTI dan Pelanggan Setia Tanjungpinang

KPJ Johor Malaysia di Tanjungpinang
KPJ Gelar Bincang Kesehatan Bersama PSMTI dan Pelanggan Setia Tanjungpinang

WARTAKEPRI.co.id, TANJUNG PINANG – Bersempena dengan Sambutan Imlek 2025, Kumpulan Perubatan Johor ( KPJ Wilayah Selatan ) telah mengadakan Majlis Undangan Dinner, Silaturahim dan Bincang Kesehatan Bersama mitra bisnis perusahaan dan pelanggan setia KPJ di Tanjung Pinang.

Dijelaskan tahun 2024, sebanyak 20,000 pasien Indonesia mendapatkan rawatan di RS KPJ terutamanya dari Kepulauan Riau yaitu Batam, Tanjung Pinang dan Karimun telah mendapatkan rawatan seperti kanker, jantung, pemeriksaan kesihatan dan ortopaedik (tulang) di rumah sakit KPJ terutamanya di KPJ Johor, KPJ Puteri, KPJ Bandar Dato‘ Onn dan KPJ Pasir Gudang.

KPJ Wilayah Selatan merupakan rumah sakit swasta pertama di negeri Johor sebagai hab kesehatan untuk rawatan dan prosedur kardiologi, seperti Hospital Pakar KPJ Puteri (“KPJ Puteri), Hospital Bandar Dato Onn, Hospital Pakar KPJ Kluang (“KPJ Kluang”) sudah menyediakan perkhidmatan Catheterisation Laboratory (“Cath Lab” atau “makmal jantung”).

Harris Nagoya

Menurut Maisarah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Selatan, sebelum ini, dua daripada hospital kami di Wilayah Selatan – Hospital Pakar KPJ Johor ( KPJ Johor) dan Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (KPJ Pasir Gudang) telah memulakan operasi makmal jantung masing-masing, menjadikan lima buah Cath Lab secara keseluruhannya beroperasi di Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan yang mampu merawat pesakit jantung di beberapa daerah di negeri Johor.

Beberapa inisiatif baru telah dilaksanakan untuk mempertingkat siap siaga Syarikat dengan jangkaan peningkatan jumlah pesakit antarabangsa.

Termasuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan seperti lobi hospital dan peralatan perubatan, serta kasur tambahan, kerusi dialisis dan dewan bedah untuk memberikan keselesaan yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pesakit.

Ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana lebih 100 buah kamar baru akan disediakan pada tahun ini, menjadikan lebih 900 katil sedia untuk beroperasi di seluruh Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan.

Selain itu, Premier Lounge khas untuk pelancong kesihatan yang tiba di sempadan negara melalui Terminal Feri Stulang, Johor Bahru bagi memudahkan ketibaan dan pergerakan para pesakit dibuka pada suku kedua 2025 di terminal.

BACA JUGA KPJ Healthcare Tampil Logo Baru dan Rebranding Jadi Johor Specialist Hospital

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada pesakit antarabangsa, lebih ramai doktor pakar juga dijangka menyertai Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan tahun ini daripada pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan.

“Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada pesakit antarabangsa, lebih ramai doktor pakar juga dijangka menyertai Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan tahun ini daripada pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan,” kata Maisaroh Omar.

Antara kepakaran yang diperlukan adalah nefrologi, breast and endocrine, telinga, hidung dan tekak (ENT), dan orthopedik. Pada majlis tersebut juga diadakan bincang kesihatan oleh empat orang doktor pakar KPJ iaitu Doktor Noorashikin Maan, Pakar Obgyn dari KPJ Johor dan Doktor Lim Hong Chun, Pakar Ortopedik dari KPJ Puteri dan Doktor Azrina Abdul Kadir, Pakar Kardiologi dari KPJ Pasir Gudang dan Doktor Tye Yi Loon, Pakar Nefrologi dari KPJ Bandar Dato Onn. (*)

Editor : Dedy Suwadha

Google News WartaKepri DPRD BATAM 2025