Ada Kejutan Bagi Pesakit di Hospital Johor Bahru

HARRIS BATAM

JOHOR BAHRU – Tiada yang lebih mengembirakan, seorang pesakit warga Indonesia menerima kejutan perkhidmatan memotong rambut di hospital.

Venvandarones Purba, 43 dari Tangjung Balai, Karimun, Indonesia datang ke Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan penyakit dalaman perut di Hospital Pakar KPJ Puteri, disni.

Dia bersama isteri Happy Betesda Melaila, 43, yang telah hampir dua minggu berada di hospital mendapatkan rawatan bersama Pakar Gastronologi, Dr Chan Weng Kai.

“Aku terharu dengan pengalaman ini, ia membawa semangat baru apatah lagi sudah hampir pulih dari penyakit,” katanya yang terkejut apabila pengurusan Pemasaran Antarabangsa memanggil tukang gunting rambut ke hospital.

Menurut isterinya, Happy memang ada menyatakan hasrat untuk memotong rambut kerana sudah panjang dan ingin membawa aura positif sepulangnya ke tanah air esok (Jumaat).

“Sejak hari natal kami tidak dapat menyambut kerana suami sakit, dan mendapat rawatan di hospital jadi kehadiran perayaan tahun baru cina beberapa hari lagi nanti ini memberi kami peluang untuk berlibur sekeluarga.
Beliau yang ceria dan terharu dengan gaya penampilan baru dengan khidmat pemotong rambut The Cuts Crew, Muhammad Aliff Kamaroizan.(end)

Google News WartaKepri

DPRD BATAM 2024