MALAYSIA – Dihasilkan sejak tahun 2007 lagi, siri animasi popular Upin dan Ipin mendapat sambutan cukup positif daripada peminat sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Dari awal lagi, karakter kembar ini divisualkan sebagai anak yatim piatu yang dibesarkan di bawah jagaan Kak Ros bersama nenek mereka, Opah.
Sebelum ini, kelompok peminat dari negara seberang sempat membuat pelbagai teori konspirasi tentang status ibu bapa kepada Upin & Ipin.
Bermacam-macam tanggapan muncul yang cuma berasaskan andaian peribadi tanpa bukti sahih.
Siapa sangka di sebalik penetapan karakter yatim piatu, rupanya ada kisah lucu yang terselit di sebalik semua itu.
Dalam sebuah sesi podcast bersama kru belakang tabir, pengasas Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Hj. Burhanuddin Md Radzi mendedahkan sebenarnya mereka kesuntukan masa untuk mencipta karakter berkenaan memandangkan hari penerbitan episod khas untuk Hari Raya semakin dekat.
Jika mahu diwujudkan, proses penciptaan model watak itu dikatakan bakal menelan masa kira-kira 2 minggu dan sudah tentu ia tidak sempat disiapkan tepat pada waktunya.
Setelah berbincang dengan isterinya, Hjh. Ainon Arifin yang juga penerbit syarikat, mereka bersepakat memulakan episod tersebut dengan babak di tanah perkuburan.
BACA JUGA Lucu ! Beredar Video Mail dan Mei-Mei Upin Ipin “Mei Mei Tak Suka Mail”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pendedahan itu. Sekaligus, ia mematahkan segala teka-teki mengenai kedua-dua orang tua Upin dan Ipin.
@wartakepri.tv #wartakepritv Lagi Tranding, Alasan Upin dan Ipin Yatim Piatu versi sang Pembuat Karakter 2024 #upinipin #malaysia #kepri ♬ suara asli – wartakepri tv
Editor : WartaKepri