Terbaru.. PM Lee Hsien Umumkan Status COVID-19 Setelah 5 Minggu di Singapura, dan Cara Pencegahannya

92
PM Singapore Lee Hsien

WARTAKEPRI.co.id, SINGAPURA – Pemeritah Singapura melalui A Singapore Government Agency Website dan Youtube menyampaikan sejumlah ajakan dan penjelasan serta kondisi terkini, wabah corona yang ada di Singapura.

Perdana Menteri PM Lee Hsien dalam saluran Youtubenya menyampaikan tentang kecemasan penyebaran Wabah Corona di Italia dari tiga orang menjadi 7000 dalam tingga minggu. Penjelasan resmi ini berjudul: PM Lee Hsien Loong’s remarks in English, Chinese and Malay on the Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) situation in Singapore, delivered on 12 March 2020.

Berikut penjelasan PM Lee dalam bahasa Melayu yang WartaKepri.co.id mengutipnya dari https://www.pmo.gov.sg/.

” Saudara-saudari sekalian, lima minggu sudah berlalu sejak saya bincangkan tentang COVID-19 dengan anda. Kita sama-sama berharap agar wabak ini berakhir secepat mungkin.

Banyak yang telah kita lalui. Kita kini lebih berpengalaman untuk menanganinya. Namun memandangkan perkembangan terkini di seluruh dunia, kita boleh jangkakan bahawa Singapura akan berdepan dengan cabaran ini untuk jangka masa yang lebih lama.

Dalam kita meneruskan langkah-langkah sedia ada yang berkesan, kita juga mesti bersiap sedia dari segi psikologi jika keadaan berubah menjadi lebih buruk secara mendadak. Oleh itu, untuk melindungi diri kita, kita mesti persiapkan diri dengan langkah-langkah bagi jangka masa pertengahan dan jangka masa panjang. Lihat saja di Itali – hanya tiga kes, tiga minggu lalu. Tetapi hari ini, lebih 7,000 kes!

Kita harus berwaspada sebelum menghadiri sebarang perhimpunan, termasuk perhimpunan agama. Kita sudah ada dua kes yang melibatkan peserta perhimpunan tabligh yang besar baru-baru ini, di Kuala Lumpur. Pada masa-masa genting sekarang ini, saya harap anda faham dan sokong langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan jumlah jemaah atau memendekkan khutbah demi menjaga keselamatan para jemaah.

Dari segi ekonomi, saya tahu sektor perniagaan kita terjejas teruk. Semua pihak terjejas lebih-lebih lagi syarikat kecil dan sederhana, mereka yang bekerja sendiri dan pekerja dalam ekonomi gig. Dalam belanjawan lalu, kami sudahpun umumkan pakej-pakej bantuan bernilai berbilion dolar. Tetapi saya dan rakan-rakan Kabinet, sedang membincangkan apa lagi yang perlu dilakukan oleh Pemerintah untuk menolong rakyat Singapura.

Situasi terbaru COVID-19 ini adalah satu ujian terhadap daya tahan psikologi kita. Para pekerja barisan hadapan sedang bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Warga yang lain pula menyokong dan memberikan perangsang kepada mereka. Saya bangga dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Singapura.

Setiap kita memainkan peranan penting. Akhirnya, sifat kemanusian kitalah yang akan memberi semangat kepada para pekerja kita dan menyatukan kita sebagai sebuah negara. Ayuh kita teruskan usaha membasmi COVID-19 dengan menjaga kebersihan diri, keluarga dan sekitaran kita. Bersama-sama kita boleh mengatasi wabak ini.

Terima kasih”.(*)

Sumber : pmo.gov.sg
Editor : Dedy Suwadha

Komentar Anda

DEWAN PERS WARTAKEPRI FANINDO PKPONLINE PKP DREAMLAND